comscore
Tumpuan :
Kemalangan

Budak 7 tahun maut, kereta terlibat kemalangan dengan lori

Oleh: Safwan Sawi

KOTA KINABALU: Seorang kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun terbunuh apabila kereta dinaikinya terlibat kemalangan dengan lori 40 tan berhampiran Taman Khidmat, Jalan Lintas, di sini, awal pagi tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata dalam kejadian kira-kira 5.41 pagi itu,  tiga mangsa tersepit dalam kereta Proton Saga.

“2 orang mangsa dilaporkan mengalami kecederaan ringan manakala 1 (kanak-kanak perempuan, 7 tahun) daripadanya disahkan meninggal dunia oleh Pegawai Perubatan KKM,” menurut kenyataan itu.

Dua mangsa perempuan yang cedera ringan masing-masing berusia 59 dan 15 tahun dihantar ke hospital berhampiran.

Manakala pemandu lori, 39 tahun tidak cedera.

Mayat  kanak-kanak perempuan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Loading...
Terkini