PENAMPANG: Seorang kanak-kanak lelaki yang dipercayai terjatuh ke dalam sungai di Kampung Inobong di sini, semalam ditemukan lemas.
Mayat mangsa Ashley Preston Hartley, 13, ditemukan pagi ini, kira-kira 1.3 kilometer dari jarak mangsa dilaporkan hilang.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, operasi mencari dan menyelamat (SAR) turut disertai pasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Penampang.
“Mayat mangsa seterusnya dibawa ke Pusat Kawalan Bomba (PKB) dan diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.
Terdahulu, dalam kejadian kira-kira jam 6 petang semalam, mangsa dikatakan terjatuh ke dalam sungai ketika bermain di tepi sungai bersama empat rakannya.