Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Buaya tembaga di Taman Tasik Seksyen 7 berjaya ditangkap

Oleh: Nurul Amalina Zainudin

SHAH ALAM: Tidak sampai 24 jam perangkap dipasang, buaya tembaga yang kerap muncul di Taman Tasik Seksyen 7 berjaya ditangkap, sekitar jam 10.20 malam tadi.

Perkara itu dimaklumkan oleh Pengarah PERHILITAN Selangor, Ts Wan Mohd Adib Wan Mohd Yusoh secara ringkas kepada Buletin TV3, sebentar tadi.

Ujarnya, buaya itu memasuki sangkar pertama yang diturunkan di tasik pada jam 10 pagi tadi.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Buletin TV3 (@buletintv3)


“Kita mula buat pemeriksaan lebih kurang 10.20 malam sebab kita perasan bila suluh dari jauh plastik warna kuning (berisi ayam) dah tiada, cuma nak pastikan ianya buaya, sebab ancaman yg lain ialah biawak, jadi anggota kita buat pemeriksaan pada waktu itu dan sahkan buaya ada dalam perangkap tersebut.

“Ini operasi yang paling singkat PERHILITAN pernah buat, kita tak jangka sebenarnya secepat ini sebab pada mulanya kita anggarkan tangkapan mungkin ambil masa seminggu hingga dua minggu.

“Penutupan sementara tasik dalam operasi kali ini yang memberi suasana lebih sunyi mungkin antara faktor buaya dapat ditangkap seawal ini.

Melalui pemeriksaan, buaya tembaga itu disahkan seekor jantan panjangnya 1.68 meter, seberat 15 hingga 20 kg, dengan anggaran usia sekitar 2 hingga 5 tahun.

Mohd Adib memaklumkan buaya tersebut akan terus dihantar ke Paya Indah Wetlands, Dengkil untuk dikembalikan ke habitat asalnya.

Siang tadi, PERHILITAN meletakkan dua perangkap di laluan aktif buaya tersebut-kira 5 meter dari tebing tasik.

Terdahulu pada 18 Ogos tular kemunculan seekor buaya di taman tasik itu yang menyebabkan orang ramai panik.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini