comscore
Tumpuan :
Nasional

Buaya tembaga 80kg sesat dalam kebun getah

Seekor buaya tembaga seberat 80 kilogram (kg) dipercayai sesat dan memasuki kawasan kebun getah penduduk di Kampung Padang Buluh, di sini, malam tadi berjaya ditangkap. – FOTO: Ihsan PERHILITAN

BESUT: Seekor buaya tembaga seberat 80 kilogram (kg) yang dipercayai sesat dan memasuki kawasan kebun getah penduduk di Kampung Padang Buluh, di sini, ditangkap malam tadi.

Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Terengganu Loo Kean Seong berkata, lapan anggota digerakkan ke lokasi berkenaan selepas menerima panggilan daripada penduduk kampung yang memaklumkan penemuan buaya itu kira-kira jam 10 malam.

“Haiwan liar itu dipercayai datang dari sebuah tasik berdekatan sebelum tersesat di kawasan kebun getah di Kampung Padang Buluh sebelum disedari penduduk.

“Buaya sepanjang 2.7 meter itu berjaya ditangkap malam tadi dan selamat dilepaskan ke habitat asalnya pada tengah hari tadi,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau turut menasihatkan orang ramai supaya segera memaklumkan kepada pihak Perhilitan sekiranya terdapat kehadiran haiwan liar di kawasan penempatan penduduk.

“Orang ramai juga diingatkan tidak memuat naik sebarang video atau gambar di media sosial berkaitan hidupan liar.

“Tindakan memuat naik itu dikhuatiri akan memberi ancaman kepada hidupan terbabit dan boleh menjadi tumpuan pemburu haram,” katanya.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini