Tumpuan :
Nasional

Buaya sesat ditangkap di ladang sawit Dengkil

APM dan Perhilitan berjaya menangkap buaya yang sesat di sebuah ladang sawit.- Foto APM

DENGKIL: Seekor buaya yang disyaki sesat dan memasuki ladang sawit di sini, berjaya ditangkap Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dengan bantuan anggota Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan).

Menurut jurucakap APM, pihaknya menerima panggilan dari orang awam pada jam 10.10 pagi memaklumkan terdapat seekor buaya di ladang sawit berkenaan.

Seramai lima anggota digerakkan ke lokasi itu bersama satu jentera dan mengesahkan terdapat reptilia itu di kawasan terbabit.

“Buaya yang berjaya ditangkap itu diserahkan kepada Perhilitan untukdibawa ke tempat yang selamat”.

“Anggota membuat pemantauan terakhir sebelum bergerak pulang ke Pusat Kawalan Operasi Daerah (PKOD) Sepang,” katanya.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini