comscore
Tumpuan :
Nasional

Buaya seberat 1 tan ditembak mati

LAHAD DATU: Seekor buaya jantan sepanjang hampir lima meter dan dianggarkan seberat lebih 1 tan, ditembak mati di Kampung Desa Bajau, Lahad Datu, Sabah.

Reptilia itu berjaya ditangkap selepas operasi hampir empat jam oleh Angkatan Pertahanan Awam, APM dan Jabatan Hidupan Liar Sabah.

 

Kehadiran buaya sepanjang 16 kaki atau 4.87 meter itu disedari penduduk kampung kira-kira jam 4 petang Isnin lalu.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Lahad Datu, Kapten Ahmad Roslan Mohd Kamel berkata, pihaknya menerima panggilan daripada orang awam berhubung kehadiran reptilia itu pada jam 4.38 petang.

Sepasukan 7 anggota APM melakukan percubaan sebanyak tiga kali untuk menangkap buaya itu menggunakan kaedah jerutan namun gagal kerana saiznya yang terlalu besar selain haiwan itu turut bertindak agresif.

 

Buaya berkenaan juga dilaporkan hampir menyerang seorang kanak-kanak yang sedang menyaksikan operasi menangkap reptilia itu, namun diselamatkan anggota APM.

APM dengan bantuan Jabatan Hidupan Liar Lahad Datu dan anggota polis kemudian menangkap buaya terbabit.

Pegawai Hidupan Liar Lahad Datu, Silvester Saimin berkata, pihaknya terpaksa melepaskan tujuh das tembakan untuk menangkap buaya berkenaan.

Buaya tersebut kemudian dibawa naik oleh anggota APM dengan dibantu penduduk kampung dan dibawa ke satu lokasi untuk dilupuskan.

Loading...
Terkini