Tumpuan :
Nasional

Buat bayaran kepada mangsa sebelum dibenarkan pulang – TPM

Oleh : Zahir Senapiah

KOTA TINGGI: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengarahkan bayaran kepada mangsa banjir diselesaikan sebelum mereka dibenarkan pulang ke rumah masing-masing.

Katanya, kerajaan persekutuan telah menyalurkan peruntukan sebanyak RM50 juta kepada Kerajaan Johor melalui Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) bagi membantu mangsa banjir di negeri itu.

Ujarnya, bantuan awal itu hanya akan diagihkan kepada mangsa banjir yang berdaftar dengan Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB).


“Kita berharap bayaran itu dapat digunakan mangsa bagi perbelanjaan menggantikan perkakasan yang rosak serta kerja pembersihan” katanya pada sidang media di Pusat pemindahan sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan Taman Kota jaya, dekat sini, petang tadi.

Terdahulu, Timbalan Perdana Menteri melakukan tinjauan ke pusat pemindahan sementara (PPS) SK Taman Kota Jaya, Kota Tinggi yang menempatkan 382 penduduk daripada 111 keluarga.

Selain itu, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) juga akan digerakkan bagi kerja-kerja pembersihan pasca banjir bagi mengurangkan beban mangsa sebaik keadaan kembali pulih.

Loading...
Terkini