Tumpuan :
Nasional

Bot tunda dan kapal tangki minyak dikesan lakukan pemindahan minyak secara haram

FOTO: Maritim Malaysia

SHAH ALAM: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Selangor mengesan sebuah bot tunda dan kapal tangki minyak melakukan pemindahan minyak secara haram di tengah laut sekitar perairan Kapar di sini.

Pengarah Maritim Selangor Kepten Maritim Abdul Muhaimin Muhammad Salleh berkata, dalam rondaan jam 4.25 pagi semalam, pihaknya mengesan dua kapal yang merapat antara satu sama lain dalam keadaan mencurigakan di sekitar 0.7 batu nautika barat daya Kapar.

“Hasil pemeriksaan mendapati kedua-dua kapal sedang melakukan pemindahan minyak secara kapal ke kapal tanpa kebenaran yang sah.

“Kedua-dua kapal itu kemudian ditahan, manakala dua Master dan dua ketua jurutera masing-masing daripada bot tunda dan kapal tangki itu dibawa ke Jeti Pasukan Polis Marin, Pulau Indah untuk siasatan lanjut,” katanya.

Beliau berkata, pemeriksaan terhadap kru kapal warga Myanmar dan Indonesia berusia antara 22 tahun hingga 53 tahun mendapati kesemua mereka memiliki dokumen pengenalan diri yang sah.

Kes disiasat mengikut Seksyen 491B(1)(K), Ordinan Perkapalan Saudagar 1952 (MSO) bagi kesalahan melakukan aktiviti kapal ke kapal tanpa kebenaran.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini