Tumpuan :
Nasional

Bot terbalik: Mayat pemuda ditemui tersangkut bawah akar dalam sungai

Anggota bomba mengangkat mayat mangsa ke dalam trak polis. FOTO NSTP

JASIN: Mayat lelaki yang dikhuatiri lemas selepas bot dinaiki bersama tiga ahli keluarga terbalik, ditemui tersangkut di bawah akar menjalar dalam sungai berhampiran Loji Lanchang di Kampung Seri Lanchang, Merlimau, jam 2.21 petang tadi.

Komander Operasi, Penolong Penguasa Bomba, Mohd Farid Abu Bakar berkata, mayat mangsa ditemui dalam jarak 50 meter dari bot tempat dia dilaporkan terjatuh.

Menurutnya, pasukan bomba membuat tiga sektor pencarian iaitu sektor pertama di lokasi mangsa terjatuh, kedua di tengah sungai dan ketiga di hujung muara sungai.

“Kami membuat buat pencarian di air dan mangsa dijumpai di bawah benta atau di bawah akar menjalar jam 2.21.

“Mayat mangsa dibawa naik ke atas jam 2.40 petang dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

“Cabaran kita dalam mencari dan menyelamat mangsa adalah arus air di bawah terlalu kuat iaitu dalam satu ke dua knot, jadi pencarian agak sukar, namun Alhamdulillah kita berjaya menemuinya,” katanya kepada media di lokasi pencarian.

Mohd Farid berkata, seramai 22 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jasin, Jasin Bestari dan Melaka Tengah termasuk 10 dari Pasukan Penyelamat di Air terbabit operasi cari dan menyelamat mangsa.

“Kita percaya punca bot dinaiki empat sekeluarga ini terbalik kerana ia tidak stabil,” katanya lagi.

Terdahulu, media melaporkan bot dinaiki empat sekeluarga yang sedang menjala ikan dan udang di sungai itu terbalik di kawasan berhampiran Loji Lanchang.

Tiga daripada mereka iaitu abang, kakak ipar dan anak saudara mangsa berusia tujuh hingga 44 tahun berjaya diselamatkan orang awam dan dihantar ke Hospital Jasin untuk rawatan.

Dalam perkembangan sama, Ketua Polis Daerah Jasin, Superintendan Mohamad Rusli Mat berkata, siasatan awal mendapati keempat-empat mangsa menaiki bot untuk menjala di sungai itu berhampiran Loji Air Lanchang.

“Apabila sampai di lokasi kejadian, bot dinaiki mereka dimasuki air dan tenggelam dengan semua mangsa cuba berenang ke tepi untuk berpaut pada rumput.

“Tiga mangsa iaitu Abdul Razak Abdullah, 44, Aziziah Hussain,36, dan Muhammad Nor Abdul Razak,7, berjaya menyelamatkan diri manakala seorang lagi Muhammad Nur Fitri Abd Rahman, 21, dilaporkan hilang,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, mayat mangsa dibawa ke Unit Forensik Hospital Jasin dan kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut.

terbalik: Mayat pemuda ditemui tersangkut bawah akar dalam sungai

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini