BESUT: Seorang pemancing yang dilaporkan hilang selepas bot dinaikinya terbalik, ditemui lemas di Sungai Besut, pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Besut, Superintenden Abdul Rozak Muhammad berkata, mayat mangsa, Hussin Jusoh, 46 tahun, ditemui terapung di permukaan sungai oleh pasukan penyelamat kira-kira jam 7.45 pagi.
Mayat ditemui pada jarak 250 meter dari lokasi kejadian di sungai Kampung Tok Gong.
Dalam kejadian jam 2.45 pagi semalam, bot dinaiki mangsa dan seorang rakannya terbalik ketika mereka memancing udang.
Rakan mangsa berusia 35 tahun terselamat setelah berjaya berenang ke tepi sungai.
Mayat hussin dibawa ke Hospital Besut.
Polis mengklasifikasi kes sebagai mati mengejut.
| ARTIKEL BERKAITAN