Oleh: Fareez Azman
KUALA LUMPUR: Sebuah bot pancing yang membawa lima pemancing dan tiga kru yang dilaporkan hilang sejak semalam di Kuching, Sarawak ditemui selamat petang tadi.
Kesemua mereka ditemui oleh pasukan mencari dan menyelamat sebelum dibawa ke Jeti Samariang Batu.
Mangsa yang berusia antara 33 hingga 67 tahun itu dikatakan keluar menaiki bot pancing berkenaan pada pagi Khamis lalu.
Bagaimanapun kesemua mereka didapati tidak pulang semalam, sebelum salah seorang daripada anak mangsa membuat laporan kehilangan mereka.
Bertindak atas maklumat, operasi mencari dan menyelamat dilancarkan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia selama dua hari dengan kawasan pencarian seluas 533 batu nautika persegi.
Turut membantu operasi SAR, pesawat jenis CN325 milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).