comscore
Tumpuan :
Nasional

Bot lebih muatan penumpang ditahan APMM

Oleh: Mohd Ishak Abdillah Ngah

BESUT: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Terengganu telah menahan sebuah bot yang membawa penumpang terlebih muatan di kedudukan lebih kurang 28 batu nautika Barat Kuala Besut, tengahari tadi.

Menurut Pengarah Maritim Negeri Terengganu, Kepten Maritim Mohd Khairulanuar Abdul Majid, bot penumpang itu didapati telah membawa jumlah penumpang lebih daripada had yang telah dibenarkan oleh pihak Jabatan Laut Malaysia.

Bot muatan itu sepatutnya membawa 12 penumpang tetapi ketika ditahan didapati telah membawa 31 orang penumpang membabitkan 24 penumpang dewasa dan 5 orang kanak-kanak termasuk 2 orang juragan dan kru.

“Juragan dan kru warga tempatan telah disyaki melakukan kesalahan di bawah Ordinan Perkapalan Saudagar 1952 dan telah dibawa masuk ke jeti Maritim Negeri Terengganu untuk tindakan pegawai penyiasat selanjutnya,” katanya.

Jelasnya lagi, tindakan pengusaha bot penumpang yang tidak mematuhi peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak berkuasa adalah sangat merbahaya kepada penumpang-penumpang bot khususnya ketika cuaca yang tidak menentu dan keadaan laut yang sangat bergelora.

Bagi mengelak perkara yang tidak diingini berlaku jelas beliau, Maritim Malaysia akan terus meningkatkan operasi di sekitar perairan negeri ini terutama di musim cuti sekolah.

Komuniti maritim dinasihatkan untuk terus mengutamakan keselamatan nyawa semasa melakukan aktiviti di pesisir pantai dan laut.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini