comscore
Tumpuan :
Nasional

Bot karam, satu hilang dua selamat

Pasukan Bomba dan Penyelamat bersiap di lokasi bagi operasi SAR mangsa dilaporkan hilang di perairan Karambunai. – FOTO: NSTP/Ihsan Bomba

KOTA KINABALU: Dua lelaki selamat manakala seorang lagi rakan mereka hilang selepas bot dinaiki karam di perairan Karambunai, di sini, hari ini.

Identiti ketiga-tiga mangsa belum dapat dikenal pasti dan usaha mencari dan menyelamat (SAR) ketika ini giat dijalankan.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai bot karam daripada orang awam, pada jam 6.07 pagi.

Berikutan itu, katanya, sepasukan bomba bersama jentera dan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tuaran digerakkan ke lokasi kejadian.

“Terdapat tiga mangsa dilaporkan terbabit dalam kejadian bot karam. Dua mangsa berjaya menyelamatkan diri manakala seorang lagi hilang bersama bot,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Katanya, pasukan bomba kini berada di lokasi bagi meneruskan SAR mangsa yang dilaporkan hilang. – BERITA HARIAN

Loading...
Terkini