BACHOK: Seorang nelayan warganegara Thailand ditemui selamat di Pulau Perhentian, Terengganu selepas dipercayai terjatuh ke laut.
Dalam kejadian itu, mangsa dikenali sebagai Mr Mayaki, 36 tahun keluar ke laut daripada jeti Kemasin, Bachok jam 11.00 pagi semalam.
Mangsa dipercayai terjatuh ke laut apabila bot yang dinaiki terbalik dipukul ribut berhampiran Pulau Perhentian.
Ketua Balai Polis Daerah Bachok, Superintendan Mohd Ismail Jamaluddin ketika dihubungi mengesahkan kejadian.
Katanya, kejadian dilaporkan pemilik bot yang juga warga tempatan kepada pihak polis jam 2.30 petang hari ini.
“Mangsa sudah ditemui dalam keadaan selamat jam 5.20 petang tadi,” katanya.