comscore
Tumpuan :
Nasional

Bot karam, lima nelayan berjaya diselamatkan

Oleh: Kumaran Rajamoney

KUALA KEDAH: Lima nelayan berdepan detik cemas apabila bot tempatan yang dinaiki mengalami kebocoran lalu tenggelam di kedudukan sembilan batu nautika barat laut dari muara Kuala Kedah.

Pengarah Zon Maritim Kuala Kedah, Komander Maritim Noor Azreyanti binti Ishak berkata kejadian berlaku sekitar jam 3.40 pagi semalam.

“Maritime Rescue Sub-Centre (MRSC) Langkawi telah mengaktifkan Operasi CARILAMAT dan mengatur gerak bot Penggalang 35 ke lokasi pencarian pada pukul 6.30 pagi semalam.”

“Pada pukul 8.05 pagi, kelima-lima mangsa telah berjaya diselamatkan oleh sebuah bot nelayan tempatan yang berada di sekitar lokasi pencarian sebelum dipindahkan ke bot Maritim Malaysia,” katanya.

Kesemua mangsa dibawa balik ke Jeti Batang Pinang, di sini setelah pemeriksaan lanjut dilaksanakan.

Maritim Malaysia khususnya Zon Maritim Kuala Kedah mengingatkan semua yang berhasrat melakukan aktiviti di laut agar mengambil langkah-langkah keselamatan seperti memakai jaket keselamatan, merujuk ramalan kaji cuaca, memastikan bot dalam keadaan baik dan membawa Personal Locator Beacon (PLB).

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini