Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Bot dinaiki 6 individu terbalik, kanak-kanak 7 tahun dikhuatiri lemas

SANDAKAN: Seorang kanak-kanak lelaki dikhuatiri lemas apabila bot yang dinaiki bersama keluarganya terbalik di perairan Tanjung Batu, Sandakan, hari ini.

Berikutan kejadian yang menimpa mangsa Romy Azlan, 7 tahun satu laporan dibuat kepada pasukan keselamatan.

Foto NSTP

Pengarah Zon Maritim Sandakan, Kepten Maritim Zainudin Mohd Zuki berkata, berdasarkan laporan, mangsa bersama keluarga menaiki bot terbabit dipercayai bertolak dari jeti Pulau Timbang menuju Ke Kampung Mumiang.

Menurutnya, bot dinaiki enam individu termasuk mangsa tersebut kemudiannya dipercayai terlanggar satu objek terapung menyebabkan ia hilang kawalan lalu terbalik.

“Lima mangsa berjaya menyelamatkan diri namun mangsa dilaporkan hilang.

“Susulan itu Operasi Mencari dan Menyelamat (CARILAMAT) diaktifkan pada pukul 4.00 petang tadi bagi mengesan kanak-kanak berkenaan.

“Pangkalan Hadapan CARILAMAT turut diwujudkan bagi mengkoordinasi pencarian tersebut,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Menurutnya, Bot Peronda Banggi 14 dan Bot Kilat 8dari Zon Maritim Sandakan sudah diarahkan ke lokasi kejadian untuk melaksanakan pencarian awal mangsa.

“CARILAMAT turut membantu pencarian Pasukan Polis Marin (PPM),Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan bot nelayan tempatan.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat berkenaan kejadian tersebut dimintaberhubung secara terus kepada Pusat Operasi Maritim Zon Maritim Sandakanditalian 089-229504,” katanya.

Jelasnya, orang ramai juga boleh menghubungi Pusat Operasi Maritim Negeri Sabah 088-387774 yang beroperasi 24 jam.

Loading...
Terkini