![](https://media.buletintv3.my/2025/02/CABUL.jpg)
CHUKAI: Bomoh yang dipercayai mencabul seorang kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun pada 31 Januari lalu, disambung reman enam hari lagi.
Lelaki berusia 20 tahun itu dibawa anggota polis ke Mahkamah Sesyen Kemaman di sini, hari ini untuk sambungan reman di hadapan Majistret Sharifah Amirda Shasha Amir Sharifuddin.
Sharifah Amirda Shasha kemudiannya membenarkan tertuduh disambung reman hingga Jumaat ini.
Lelaki itu ditahan polis untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 dan Seksyen 14 (d) akta sama.
Sebelum ini, media melaporkan suspek ditahan polis pada 1 Februari lalu pada 10.20 malam dan reman selama tujuh hari bermula Ahad minggu lalu.
Ketua Polis Terengganu, Datuk Mohd Khairi Khairudin mengesahkan penahanan suspek dibuat selepas ibu bapa kanak-kanak itu membuat laporan polis.
Mangsa yang dipercayai terkena sihir dan keluarga mangsa bersetuju mendapatkan khidmat perubatan sebelum bomoh terbabit ke rumah mangsa untuk berubat pada 1 pagi 31 Januari lalu.
Suspek yang mempunyai rekod lampau berkaitan kes rogol itu disyaki melakukan perbuatan terkutuk itu sebelum mangsa menceritakan perkara itu kepada ibu bapanya.
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.