comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Bomba tunggu laporan JKR, tidak tolak kemungkinan aliran air punca tanah runtuh

 

Oleh Ridhwan Rusydi Azri Roslan

KUALA LUMPUR: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) tidak menolak kemungkinan bahawa aliran air di bawah tanah menjadi punca tanah runtuh berdekatan bangunan Akademi Pencegahan Rasuah Malaysia (MACA) milik SPRM di Bukit Tunku, hari ini.

Komander Operasi JBPM, Fadil Hesam Mohamad memberitahu pihaknya akan menanti laporan dari pakar untuk memastikan punca sebenar kejadian.

“Dari apa yang kami nampak pada awal kami sampai, memang ada satu aliran air yang berada di laluan pili bomba dibawah tanah”

“Kemungkinan besar paip tersebut bocor dan menyebabkan tanah runtuh itu. Itu andaian awal kita. Tetapi apapun, kena tunggu laporan pakar dari Jabatan Kerja Raya”

“Berapa lama laporan itu, saya tak berani nak cakap. Tetapi jangkaannya esok,” katanya.

Dalam pada itu, SPRM dalam menerusi satu kenyataan hari ini memaklumkan MACA telah mengosongkan seluruh kawasan tersebut dengan memindahkan seramai 45 orang.

“MACA mengesahkan 45 orang, termasuk 22 pegawai, 16 pekerja pembersihan dan tujuh orang penghuni kuarters (keluarga pegawai) telah selamat dipindahkan daripada bangunan MACA.

“Pengosongan tersebut adalah atas nasihat pihak bomba dan akan berlangsung sehingga kawasan terlibat diisytiharkan selamat,” kata kenyataan itu.

MACA juga memohon orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi sehingga laporan siasatan lanjut diperolehi dari pihak berkuasa.

Loading...
Terkini