Oleh: Mohd Ishak Abdillah Ngah
HULU TERENGGANU: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Terengganu melaksanakan penghantaran bekalan makanan ke kawasan yang terputus hubungan akibat banjir.
Bekalan makanan dan keperluan asas dihantar ke Kampung Langkap selepas jalan utama dinaiki air.
Penerbangan menggunakan helikopter Agusta AW139 diketuai Kapten Rozaidi Ramli bersama tujuh kru lain, termasuk pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
Penerbangan itu dilakukan pada jam 10 pagi dan selesai sekitar 11:15 pagi, hari ini.
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Terengganu melaksanakan penghantaran bekalan makanan ke kawasan yang terputus hubungan akibat banjir. pic.twitter.com/8hLLLgoXyp
— Buletin TV3 (@BuletinTV3) December 30, 2024
Banjir gelombang ketiga yang melanda Terengganu sejak semalam tidak begitu serius dan dilaporkan semakin pulih.
Selain itu, JBPM turut melaksanakan penerbangan ke Gua Musang untuk penghantaran bekalan makanan ke Pos Orang Asli, melibatkan 20 tan bekalan asas.
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.