Tumpuan :
Nasional

Bomba selamatkan 11 mangsa terkandas di Lata Perangin

Oleh: Kumaran Rajamoney

TANJUNG MALIM: Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) menyelamatkan 11 mangsa yang terkandas ketika berada di Lata Perangin Mua’llim, dekat sini petang tadi.

Dalam satu kenyataan, Pusat Gerakan Operasi JBPM negeri Perak memaklumkan menerima panggilan mengenai insiden itu kira-kira jam 6.15 petang.

Jentera Bomba yang tiba di tempat kejadian 24 minit kemudian mendapati mangsa terdiri daripada empat kanak-kanak, empat remaja, serta tiga orang dewasa.

Ketika anggota tiba, kesemua mangsa katanya sedang cuba menyeberangi sungai itu.

Mangsa kemudiannya dapat menyeberangi sungai tanpa mengalami sebarang kecederaan.

Operasi disertai tujuh anggota itu tamat sepenuhnya menjelang jam 7.37 malam.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini