comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Bomba masih berusaha padam kebakaran tapak pelupusan sampah Kayu Madang

Pasukan bomba menggunakan kaedah foam untuk memadam kebakaran di tapak pelupusan sampah Kayu Madang, Telipok.

KOTA KINABALU: Pasukan bomba masih bertungkus lumus memadam kebakaran di tapak pelupusan sampah Kayu Madang, Telipok, di sini yang memasuki hari keempat hari ini.

Terbaru, pasukan bomba dan penyelamat menggunakan kaedah buih (foam) untuk memadam kebakaran membabitkan sisa pembuangan tayar terpakai di kawasan tapak pelupusan sampah berkenaan.

Pegawai Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, Penolong Penguasa Bomba, Riki Mohan Singh Ramday berkata, operasi hari ini disertai anggota 59 anggota dan pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tuaran, Kota Kinabalu, Lintas, Penampang dan Ibu Pejabat JBPM Sabah.

Katanya operasi turut dibantu Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) dan Rela.

“Operasi pemadaman semalam dan hari ini menggunakan peralatan Fix Monitor Fire Fighting bersama jentera High Performance Pump Module (HPPM) dengan mengambil sumber air terbuka dan pemadaman menggunakan foam.

“Operasi pemadaman kebakaran dibahagikan kepada empat sektor iaitu sektor A, B, C dan D,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Menurutnya, bagi sektor A, sebanyak 90 peratus kebakaran telah berjaya dipadamkan manakala sektor B masih terbakar 100 peratus.

“Bagi sektor C, sebanyak 50 peratus telah dipadamkan dan sektor D pula telah berjaya dipadamkan sebanyak 70 peratus.

“Kebakaran membabitkan sisa pembuangan tayar terpakai di tapak pelupusan sampah berkeluasan 45,700 meter persegi dan baki luas kebakaran adalah 25,000 meter persegi,” katanya.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini