Tumpuan :
Nasional

Bomba guna air laut padam kebakaran hutan

Pasukan Bomba dan Penyelamat Teluk Kemang menggunakan air laut bagi memudahkan operasi memadamkan kebakaran hutan di kawasan Teluk Kemang petang tadi. – FOTO: Ihsan BBP Port Dickson.

PORT DICKSON: Pasukan Bomba dan Penyelamat terpaksa menggunakan air laut bagi menampung keperluan dalam operasi memadamkan kebakaran hutan di Bandar Sunggala berhampiran Cape Nautica Villas, Teluk Kemang.

Komander Operasi, PBKI (TBK) Zainal Leman berkata pihak bomba menerima panggilan kecemasan kebakaran hutan itu pada jam 1.42 petang tadi.

Api berjaya dikawal 20 minit kemudian.

Kebakaran melibatkan kawasan hutan seluas dua hektar.

Katanya, bagi menjimatkan kos, pihak bomba menggunakan air laut yang diambil dari pantai berdekatan bagi memadamkan kebakaran.

“Sekarang banyak kes membabitkan kebakaran hutan kerana cuaca panas sejak dua bulan kebelakangan ini terutamanya di kawasan Port Dickson.”

“Kebakaran di kawasan yang tidak jauh dari laut menyebabkan kami mengambil keputusan menggunakan kaedah ini dan ternyata ia dapat mempercepatkan proses dengan mengambil sumber air yang cepat dan pantas serta menjimatkan,” ujarnya.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini