comscore
Tumpuan :
Nasional

Bomba gerak operasi SAR lelaki hilang di hutan

Oleh: Selwam Arjunan

BALING: Seorang lelaki dipercayai hilang di hutan di Kampung Bonggol Petai, di sini, pagi tadi.

Jurucakap Bomba dan Penyelamat Kedah berkata pihaknya menerima panggilan berhubung kehilangan mangsa pada jam 8.22 pagi.

Mangsa merupakan lelaki berusia 21 tahun dari KEDA Kampung Bonggol, Baling.

Jentera dan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Baling telah dikerahkan ke lokasi.

Operasi mencari dan menyelamat sedang digerakkan di lokasi.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini