Tumpuan :
Nasional

Singapura gagal halang Malaysia ke separuh akhir bola keranjang Asia bawah 16 tahun

Skuad bola keranjang remaja wanita negara ceria menewaskan Singapura dalam aksi terakhir kumpulan seterusnya menempah tempat ke separuh akhir Kejuaraan Asia di Amman, Jordan esok – Foto: FIBA.basketball

AMMAN: Pasukan bola keranjang negara menewaskan Singapura 72-51 dalam aksi ketiga dan terakhir kumpulan B, Kejuaraan Asia Bawah 16 Tahun Wanita.

Saingan di Amman, Jordan itu menyaksikan Malaysia menempah tempat ke separuh akhir Divisyen B esok, menerusi slot naib juara kumpulan, dengan 5 mata, mengiringi Iran.

Di Prince Hamzah Stadium, Amman, Malaysia berbekal kelebihan masing-masing satu kemenangan dan satu kekalahan, seterusnya memerlukan keputusan positif untuk mengekalkan kedudukan kedua.

Bermula baik dengan mendahului 17-10 di suku pertama, Malaysia menambah 15 lagi mata di babak berikutnya untuk mendahului 32-19.

Anak buah Hui Pin Pang itu mengutip 25 lagi mata di suku ketiga.

Singapura cuba membuat kebangkitan dengan menambah 18 mata lagi di babak terakhir, namun tidak dapat mengelak kekalahan 51-72 yang memberikan kemaraan Malaysia ke separuh akhir dipacu ketajaman Yi Xin Yap menyumbang 30 mata.

Lawan menanti Malaysia esok ialah Filipina yang memenangi kesemua tiga aksi di kumpulan A.

Loading...
Terkini