Tumpuan :
Nasional

Boikot syarikat & produk Israel, tiada aduan pemberhentian kerja – Sivakumar

Foto hiasan

IPOH: Susulan kempen boikot yang digerakkan rakyat negara ini terhadap syarikat dan produk berkaitan Israel, Kementerian Sumber Manusia (KSM) memaklumkan setakat ini pihaknya tidak menerima sebarang aduan dan laporan berhubung pemberhentian kerja.

Menteri bertanggungjawab V Sivakumar berkata, kementerian akan menyiasat lebih mendalam sekiranya menerima aduan daripada pekerja yang terjejas.

“Setakat ini KSM tidak terima laporan berkaitan dengan pembuangan kerja dan sebagainya. Jika ada, kementerian ada akan melihat isu ini, namun setakat ini tidak ada.

“Kalau ada aduan kita akan tengok. (Memandangkan sekarang) tiada aduan maka saya tak boleh komen,” katanya kepada pemberita sempena majlis sambutan Deepavali Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) di Hotel Impiana, di sini, hari ini.

Sebelum ini, media melaporkan kempen boikot produk dan syarikat yang berkaitan dengan Israel susulan kekejaman rejim itu terhadap rakyat negara Palestin memberi kesan kepada pendapatan pekerja tempatan.

Dikatakan ada antara mereka didakwa diberhentikan kerja susulan pendapatan syarikat jatuh mendadak.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini