comscore
Tumpuan :
Nasional

BN Terengganu perlu ada wakil bawa suara rakyat ke parlimen – Johari

KEMAMAN: Barisan Nasional (BN) Terengganu perlu mempunyai wakil untuk menyuarakan masalah dihadapi rakyat ke Parlimen.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata, tiada suara daripada BN negeri membangkitkan pelbagai isu dihadapi rakyat selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15), November lalu.

“Sudah tiba masanya pengundi di Parlimen Kemaman menyerahkan semula kerusi Parlimen Kemaman yang dikuasai PAS sejak PRU-14 lalu,” katanya ketika ditemui di Dewan Berlian, di sini, hari ini.

Turut hadir adalah Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan, Presiden Amanah, Datuk Seri Mohamad Sabu, Ketua Pergerakan Wanita UMNO, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad dan Pengarah Pilihan Raya BN Kemaman, Datuk Seri Dr Ahmad Said.

Johari berkata, kerajaan perpaduan sudah berusaha menghubungkan kerajaan persekutuan dan negeri.

“Lebih banyak projek pembangunan yang menguntungkan rakyat Terengganu akan dilakukan kerajaan pusat jika memenangi kerusi parlimen Kemaman,” katanya.

Loading...
Terkini