comscore
Tumpuan :
Nasional

Blake, Lady, Grouse, Pop terima pingat ‘Golden Perfomance’ bantu operasi tragedi Batang Kali

FOTO: KPKT Malaysia / Facebook

PUTRAJAYA: Blake, Lady, Grouse dan Pop, empat anjing Unit K9 Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) terbabit dalam operasi mencari dan menyelamat mangsa tragedi tanah runtuh Batang Kali pada 16 Disember lalu, hari ini menerima penghargaan Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (PBT).

Penghargaan dalam bentuk pingat ‘Golden Performance’ itu dipakaikan oleh Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming pada Majlis Amanat Tahun Baharu KPKT 2023 di sini, yang turut dihadiri Ketua Setiausaha kementerian, Datuk M Noor Azman Taib.

FOTO: KPKT Malaysia / Facebook

Kor Ming turut menyampaikan sijil penghargaan kepada Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat JBPM, Datuk Nor Hisham Mohamad yang mewakili 537 anggota bomba dan Unit Anjing Pengesan (K9).

Penghargaan sama turut disampaikan kepada JBPM Selangor dan diterima oleh Timbalan Pengarahnya, Wan Md Razali Wan Ismail.

Tragedi kira-kira jam 2.30 pagi di tapak perkhemahan Father’s Organic Farm itu membabitkan 92 mangsa dengan 61 terselamat, manakala 31 lagi terkorban selepas berlaku runtuhan tanah hingga menimbus kawasan perkhemahan terbabit.

Loading...
Terkini