Tumpuan :
Nasional

Bilangan Warden Asrama KPM Ditambah, Elaun Turut Naik 25 Peratus

PETALING JAYA: Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mengumumkan pertambahan sebanyak 3,813 bilangan warden di sekolah berasrama di bawah kementerian itu.

Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr. Mohd Radzi Md Jidin berkata, pertambahan itu merupakan peningkatan sebanyak 63 peratus daripada 6,055 warden ketika ini kepada 9,868 orang.

Menurut beliau dengan peningkatan jumlah warden ini maka penggiliran jadual akan dapat dilaksanakan di semua sekolah di bawah KPM.

Berita baik lain turut diumumkan beliau iaitu menaikkan kadar elaun bulanan sebanyak 25 peratus menjadikan kadar baharu elaun diterima ketua warden kepada sebanyak RM350 manakala warden pula RM300.

“Kadar elaun warden asrama dinaikkan 25% ini menjadikan kadar baharu bagi ketua warden RM300 sebulan. Kali terakhir elaun ini disemak pada tahun 1997.

“Kedua-dua bagi implikasi kewangan tambahan RM19 juta. Penambahbaikan ini akan dilakukan pd 1 ogos 2022,” katanya dalam satu video pengumuman di Facebooknya hari ini.

“Saya ingin mengambil kesempatan ini bagi pihak KPM untuk mengucapkan setinggi penghargaan dan terima kasih kepada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan Kementerian Kewangan di atas kelulusan yang telah diberikan kepada KPM bagi kedua penambahbaikan ini.

“Pada masa sama, KPM akan terus berusaha menambah baik portfolio warden asrama di sekolah asrama bawah KPM,” ujarnya.

Loading...
Terkini