BALING: Bilangan mangsa banjir di sekitar daerah ini bertambah kepada 218 mangsa daripada 68 keluarga di Pusat Pemindahan Banjir (PPS) sehingga jam 8 malam.
Pegawai Pertahanan Awam Daerah Baling, Leftenan (PA) Mohd Faizol Ab Aziz, berkata pertambahan ini membabitkan satu keluarga saja.
Beliau berkata, semua mangsa masih bermalam di PPS kerana cuaca mendung dan keadaan tidak selamat kerana air Sungai Ketil masih di paras berjaga- jaga.
“Mangsa akan menginap di PPS sehingga keadaan kembali pulih barulah mereka dibenar pulang,” katanya.
Mohd Faizol berkata, setakat ini tidak ada laporan kemalangan yang di semua tujuh PPS yang menempatkan mangsa banjir.
“Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Baling membuat bancian berkala bagi memastikan mangsa banjir selamat,” katanya.
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.