PUTRAJAYA: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) membuka bidaan bagi nombor pendaftaran istimewa (NPI) bermula huruf M diikuti nombor dan berakhir sekali lagi dengan huruf M, sempena sambutan Hari Kebangsaan ke-66.
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, berkata bidaan itu akan dibuka mulai Khamis ini melalui Sistem Bidaan Nombor Pendaftaran Kenderaan Dalam Talian (JPJeBid).
“NPI yang dimaksudkan ialah tanda indeks prefiks M di hadapan dan sufiks M di belakang, iaitu siri M (nombor) M.
“Tanda indeks nombor istimewa ini dipilih dengan membawa maksud dan lambang Malaysia Merdeka sempena sambutan Hari Kebangsaan tahun ini,” katanya pada sidang media, di sini, hari ini.