Tumpuan :
Nasional

Beruang matahari masuk kebun kelapa ditangkap

Beruang matahari yang berjaya ditangkap di Kampung Kubang Ikan, Besut petang semalam. Foto ihsan PERHILITAN

SETIU: Seekor beruang matahari ditangkap selepas berkeliaran dalam sebuah kebun kelapa di Kampung Sungai Bari, di sini, pagi tadi.

Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Terengganu, Loo Kean Seong, berkata pihaknya menerima aduan daripada orang awam berhubung kehadiran beruang jantan itu pada 30 Disember lalu.

Beliau berkata, haiwan berkenaan dianggarkan seberat 100 kilogram.

“Satu perangkap dipasang pada hari sama sebaik saja aduan diterima PERHILITAN daerah Besut.

“Ketika operasi menangkap beruang jantan itu dilakukan, haiwan berkenaan berada dalam keadaan stabil.

“Kita sudah melepaskan beruang itu ke habitat semulajadi yang sesuai untuk kemandiriannya,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Kean Seong berkata, tangkapan haiwan itu yang pertama dilakukan PERHILITAN pada tahun ini.

Loading...
Terkini