comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Bersyukur, kita bersyukur – Bapa Zulfarhan

PUTRAJAYA: Tidak ada yang perkataan yang dapat menggambarkan perasaan ibu bapa kepada penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain selain bersyukur sebaik mengetahui enam bekas penuntut UPNM didapati bersalah oleh Mahkamah Rayuan hari ini.

Selepas prosiding yang berlangsung lebih tiga jam itu, Zulkarnain Idros, 59, dan Hawa Osman, 60, terus keluar dari mahkamah dan melakukan sujud syukur.

Pasangan ini dilihat menangis dan menadah tangan tanda syukur kerana keadilan akhirnya dapat ditegakkan.

Terdahulu, Mahkamah Rayuan menjatuhkan hukuman gantung kepada enam bekas penuntut UPNM kerana membunuh Zulfarhan Osman, tujuh tahun lalu.

Mereka ialah Muhammad Akmal Zuhairi Azmal, Muhammad Azamuddin Mad Sofi, Muhammad Najib Mohd Razi, Muhammad Afif Najmudin Azahat, Mohamad Shobirin Sabri dan Abdoul Hakeem Mohd Ali yang kesemuanya kini berusia 28 tahun.

Panel tiga hakim yang diketuai Datuk Hadhariah Syed Ismail membuat keputusan itu secara sebulat suara selepas membenarkan rayuan pendakwaan untuk mengembalikan semula tuduhan bunuh terhadap mereka mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Loading...
Terkini