
SEKINCHAN: Berpuluh rumah penduduk sekitar ban 1 dan ban 2, Parit 4 di sini, mengalami kerosakan teruk susulan kejadian puting beliung awal pagi tadi.
Dalam kejadian sekitar jam 7.30 pagi itu, kejadian angin kencang berputar itu menerbangkan atap dan bumbung kediaman penduduk rata-ratanya di kawasan sawah bendang.
Bencana ketika hujan lebat itu turut meranapkan deretan kedai, rumah inap desa dan bengkel jentera penanaman padi.
Berdasarkan video yang tular, angin puting beliung itu dilihat menerbangkan bumbung kediaman penduduk setinggi lebih 50 meter ke udara.
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.