PETALING JAYA: Padiberas nasional berhad (BERNAS) memberi jaminan, bekalan beras putih dalam negara, adalah mencukupi.
Dalam satu kenyataan, BERNAS memaklumkan, pihaknya telah menyalurkan 630,000 tan metrik bekalan beras import ke dalam negara, dari Januari hingga Ogos lalu.
Jumlah itu peningkatan 38 peratus lebih tinggi berbanding purata jualan bulanan bagi tempoh 5 tahun lalu.
Ini bermakna, bekalan beras putih adalah lebih daripada mencukupi tanpa perlu kerajaan menggunakan bekalan stok penimbal.
Begitupun, permintaan ke atas beras putih tempatan semakin meningkat disebabkan perbezaan harga beras putih tempatan dan import.
Peningkatan ini disebabkan peralihan permintaan daripada beras putih import kepada beras putih tempatan oleh pengguna, pembekal kontrak dan pemain industri makanan.
Melalui peranannya sebagai pembeli padi yang terakhir, purata pegangan pasaran padi tempatan BERNAS hanya kira-kira 10 peratus.
Manakala selebihnya dibeli dan diproses oleh kilang swasta.
BERNAS turut menyatakan komitmen dan menyokong semua program intervensi dilaksanakan Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) bagi memastikan bekalan beras tempatan mencukupi.
| ARTIKEL BERKAITAN
- Bekalan beras tempatan kembali stabil dalam masa sebulan – Mat Sabu
- Jualan Rahmah Beras perlu seiring dengan usaha mengembalikan beras putih tempatan
- Cadangan larangan jualan beras putih tempatan kepada warga asing tidak relevan – FOMCA
- Cuaca tidak menentu, penyakit padi punca gangguan bekalan beras putih tempatan – LPP
- [VIDEO] Op Jamin diteruskan tangani isu bekalan beras – Zahid
- Mohamad akan bangkitkan isu beras dalam mesyuarat Kabinet esok
- Kabinet muktamad isu beras, Mohamad umum dalam masa terdekat – Fahmi