comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] BERNAS setuju bantu pesawah padi

 

PUTRAJAYA: Padiberas Nasional Berhad (BERNAS) bersetuju memperuntukkan RM10 juta bulan ini kepada petani dan pesawah padi miskin.

Mulai tahun depan, BERNAS akan memperuntukkan RM50 juta bagi membantu golongan itu.

Persetujuan itu dicapai selepas perbincangan antara Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary mengenai isu monopoli beras.

“Maka beliau peruntukkan sekarang, bulan ini juga Rm10 juta kepada petani, pesawah padi, penanam padi dan pesawah miskin dan mulai tahun depan RM50 juta daripada bernas.” kata Datuk Seri Anwar dalam sidang media selepas mesyuarat kabinet buat julung diadakan petang tadi.

Datuk Seri Anwar yang juga Menteri Kewangan menjelaskan, untuk berlaku adil, kebenaran mengimport beras yang diberikan kerajaan kepada Tan Sri Syed Mokhtar bukan dalam bentuk konsesi kepada beliau secara individu.

“Tan Sri Syed Mokhtar telah membeli syarikat ini 31 peratus daripada Tan Boon Seng, sekitar RM800 juta dan kepada syarikat yang dipunyai oleh Tan Sri Shahidan kassim RM400 juta. Jadi sudah tentu beliau mempunyai tanggungan untuk membayar balik…sekarang umpamanya kita tidak boleh bebankan seorang Syed Mokhtar sehingga kita dapat teliti keuntungannya dan samada keuntungan itu berpatutan.” kata beliau.

Jelas Datuk Seri Anwar lagi, import beras perlu dilakukan secara adil memandangkan kebenaran itu diberikan kepada BERNAS dan bukan kepada Tan Sri Syed Mokhtar.

Loading...
Terkini