comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] “Berhentilah buat spekulasi, Farah sudah tiada macam mana nak pertahankan diri”

Oleh: Fareez Azman

SERDANG: Kakak ipar kepada Allahyarham Nur Farah Kartini Abdullah, Syeril Nur Fatihah Suhaimi, 31, memohon orang ramai agar berhenti membuat sebarang spekulasi terhadap mangsa.

Jelasnya ketika ini, pelbagai berita tidak sahih terus ditularkan berkaitan kematian adik iparnya itu sehingga mengguris hati keluarga Allahyarham.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Buletin TV3 (@buletintv3)

“Saya mohon semua untuk henti sebar khabar angin, atau benda yang tak sahih. Kita serahkan kepada pihak berkuasa, jangan lebih-lebih, biar polis jalankan siasatan.

“Sangat saya rasa tak patut pun orang lain nak ulas, benda tak sahih mengguris hati keluarga,” jelasnya.

Berkongsi cerita bersama Buletin TV3 di kediamannya di Serdang hari ini, jelas Syeril, ibu mertuanya paling terkesan dengan setiap penularan berita tidak sahih mengenai Allahyarham.

Artikel berkaitan: [VIDEO] Kes bunuh Farah Kartini: Dia teruja nak sangat masak laksa Sarawak untuk saya – Abang

Meskipun keluarga cuba untuk menutupnya, namun berita tidak sahih terus tersebar.

“Kita cuba tutup andaian itu, tapi mak sendiri bila dia tengok komen macam itu kesian kat dia.

“Dia tak boleh duduk diam, mental dia sangat tak kuat. Kita cuba tutup daripada mak tapi benda (berita tidak sahih) itu dia dapat dari media sosial,” ujarnya lagi.

Sebak berkongsi cerita, tambahnya lagi setiap tindakan pihak tidak bertanggungjawab itu tidak dapat diterima keluarga.

“Antara yang diorang tularkan, pasal dia mengandung anak luar nikah lah, benda tu sangat berat tuduhan tu. Kalau boleh berhenti buat itu.

“Berhenti buat spekulasi bukan-bukan, kita serah polis siasatan. Jangan tulis apa-apa yang tak sahih, kita sendiri tidak tahu.

“Kami sebagai keluarga mohon sangat kat semua untuk henti benda bukan-bukan ni. Farah dah tiada macam mana nak pertahan diri dia,” tegas Syeril lagi.

Dari sudut keluarga tambahnya, tindakan undang-undang akan diambil sekiranya berita tidak sahih mengenai Allahyarham terus disebarkan.

“Kalau tuduhan sangat melampau mungkin kita akan ambil tindakan,” katanya lagi.

Beliau berkata demikian ketika ditemui Buletin TV3 di kediamannya di Serdang di sini hari ini.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa

Loading...
Terkini