Oleh: Nurul Amalina Zainudin
PETALING JAYA: Akibat perselisihan faham berkaitan halangan parkir, seorang lelaki cedera ditetak menggunakan pisau.
Kejadian berlaku semalam sekitar jam 6 petang di kawasan parkir PPR Pekan Kepong.
Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Ahmad Sukarno Mohd Zahari ketika dihubungi Buletin TV3 memaklumkan, mangsa mengalami kecederaan, dibawa ke hospital dan menerima 35 jahitan.
Akibat perselisihan faham berkaitan halangan parkir, seorang lelaki cedera ditetak menggunakan pisau.
Sumber: Video tular pic.twitter.com/rmQpezgA6Y
— Buletin TV3 (@BuletinTV3) September 5, 2024
Mangsa, 24, yang merupakan pekerja sambilan juga dilaporkan berada dalam keadaan stabil, namun masih dirawat di hospital.
Ujarnya suspek ditahan sekitar 6.45 petang semalam, di lokasi kejadian.
Proses permohonan reman sedang dibuat oleh polis.
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.