comscore
Tumpuan :
Nasional

Berdepan hukuman 30 tahun, mengaku rogol adik ipar, anak saudara

Lelaki mengaku salah merogol adik ipar dan anak saudara di Segamat.

MUAR: Mahkamah Sesyen di sini hari ini, tidak menawarkan ikat jamin kepada seorang lelaki yang menyamar pengamal perubatan, dipenjara terhadap dua pertuduhan merogol anak saudara dan adik iparnya di kuarters ladang sawit dan rumah di Segamat.

Tertuduh berusia 55 tahun membuat pengakuan bersalah selepas pertuduhan dibaca oleh jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Abu Bakar Manat atas dakwaan melakukan  perbuatan itu pada 2017 dan bulan ini.

Berdasarkan pertuduhan pertama, tertuduh didakwa merogol adik iparnya yang ketika itu berusia 13 tahun di sebuah rumah di Jementah, dekat Segamat, jam 12 tengah hari, pada 2017.

Bagi pertuduhan kedua, dia didakwa merogol anak saudaranya berusia 15 tahun di sebuah kuarters ladang sawit di Segamat pada jam 6.30 petang, 12 November lalu.

Mengikut kedua-dua pertuduhan itu, dia didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 376B (1) dan boleh dipenjara sehingga 30 tahun  dan juga sebatan.

Selain tertuduh, anak lelakinya berusia 17 tahun turut didakwa di Mahkamah Majistret Segamat atas pertuduhan mengikut Seksyen 14 (d) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 kerana mencabul mangsa sama, yang juga sepupunya.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Danial Munir, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Mahkamah mengeluarkan perintah tiada jaminan diberikan dan menetapkan 11 Disember ini untuk penetapan hukuman terhadap tertuduh.

Loading...
Terkini