comscore
Tumpuan :
Nasional

Sazarice nafi jual beras plastik

Oleh:  Safwan Sawi

KOTA KINABALU: Syarikat pengeluar beras, Sazarice Sdn Bhd yang dikaitkan dengan video tular beras plastik baru-baru ini menafikan pihaknya terlibat dengan insiden berkenaan.

Satu laporan polis mengenainya telah dibuat dan tindakan undang-undang akan diambil terhadap pihak tidak bertanggungjawab.

“Untuk makluman, pihak Sazarice Sdn Bhd telah membuat laporan polis susulan dengan isu viral ini dan tindakan undang-undang akan diambil terhadap pihak yang bertanggungjawab,” kata kenyataan itu yang dikongsi di laman sosial facebook jenama berkenaan.

Jelas kenyataan itu lagi pihaknya sentiasa memastikan kualiti beras yang terbaik untuk semua produk jenamanya mengikut standard piawaian ditetapkan.

“Sazarice menjamin kualiti beras keluaran pihak kami hanyalah yang berkualiti dan mematuhi piawaian yang telah diiktiraf oleh HALAL, HACCP dan ISO 9001.” kata kenyataan itu.

Justeru jelas kenyataan itu, orang ramai dinasihatkan agar tidak mudah terpengaruh dengan berita tidak benar atau menyebarkan maklumat palsu tanpa pengesahan daripada pihak berkuasa yang boleh menggugat ketenteramaan dan kegusaran awam.

“Pihak Sazarice tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang ke atas mereka yang mencuba memburukkan nama baik Syarikat.” kata kenyataan itu lagi.

Terdahulu, tular satu video di media sosial mendakwa beras palsu dijual di Sandakan.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini