comscore
Tumpuan :
Nasional

Berang ditegur jual cempedak goreng mahal, peniaga maut

TAIPING: Dek kerana ditegur menjual cempedak goreng dengan harga mahal, seorang peniaga maut selepas bergaduh dengan pelanggan di gerai miliknya di Assam Kumbang, di sini, Selasa lalu.

Ketua Polis Daerah Taiping, Asisten Komisoner Razlam Ab Hamid, berkata pihak polis menerima laporan berhubung pergaduhan itu pada jam 4.15 petang.

Susulan laporan itu polis menahan seorang lelaki berusia 40-an bagi membantu siasatan.

“Difahamkan kejadian berpunca dari mangsa yang berusia 50-an yang juga peniaga cempedak dan pisang goreng yang menengking pelanggannya kerana menegurnya menjual terlalu mahal.

“Susulan dari tindakannya itu berlaku pergaduhan membabitkan mangsa dan pelanggannya sehingga menyebabkannya maut dipukul dilokasi kejadian.

“Turut dirampas dalam kejadian itu sebuah topi keledar dan tiga batang kayu yang telah patah,” katanya.

Menurutnya lagi suspek yang juga penduduk setempat ditahan pihak polis dilokasi kejadian bagi membantu siasatan.

“Suspek yang ditahan turut positif dadah jenis morfin dan ditahan reman selama tujuh hari bermula hari ini sehingga 19 September.

“Pada jam 9.45 pagi Rabu (13/9) Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh mengesahkan mangsa maut akibat sakit jantung dan kecederaan tisu lembut pada badan.

“Siasatan lanjut masih lagi dibuat dan disiasat dibawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya.

Tambahnya lagi orang awam yang mempunyai maklumat berhubung kejadian diminta tambil berkerjasama dengan pihak polis.

Terdahulu tular mengenai kejadian pergaduhan itu di Applikasi Tik Tok ‘Azam Aziz’ yang mengatakan mangsa maut selepas pergaduhan besar dengan pelanggan yang dikatakan membelek pisang gorengnya dengan tangan.

Bagaimanapun pihak polis menafikan perkara itu dan menyatakan punca pergaduhan disebabkan mangsa memarahi pelanggannya kerana menjual cempedak goreng dengan harga mahal.

Loading...
Terkini