Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Bentuk ‘kartel makanan ayam’, 5 pengeluar makanan ayam didenda RM415 juta

 

Oleh: Juliana Sharin

KUALA LUMPUR: Lima syarikat pengeluar makanan ternakan ayam dikenakan penalti bernilai RM415.5 juta selepas didapati bersalah kerana membentuk kartel penetapan harga makanan ayam.

Suruhanjaya Persaingan (MyCC) memuktamadkan keputusan akhir itu terhadap lima perusahaan berkenaan di bawah Seksyen 4 Akta Persaingan 2010 (Akta 712) untuk kesalahan yang dilakukan antara Januari 2020 hingga Jun 2022.

Semua syarikat itu ialah Dindings Poultry Development Centre Sdn Bhd, FFM Berhad, Gold Coin Feedmills (Malaysia) Sdn Bhd, Leong Hup Feedmill Malaysia Sdn Bhd dan PK Agro-Industrial Products (M) Sdn Bhd.

Semua syarikat itu ialah Dinding Poultry Development Centre Sdn Bhd, FFM Berhad, Gold Coin Feedmill (Malaysia) Sdn Bhd, Leong Hup Feedmill Malaysia Sdn Bhd dan PK Agro-Industrial Products (M) Sdn Bhd.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif MyCC, Iskandar Ismail, penyiasatan itu mendedahkan bukti kenaikan kuantum harga makanan ayam yang serupa antara perusahaan-perusahaan tersebut di antara Januari 2020 hingga Jun 2022.

Pergerakan kenaikan kuantum harga makanan ayam.

Siasatan juga mendapati bahawa perusahaan itu menggunakan strategi dengan menyatakan, kenaikan kos makanan ayam adalah disebabkan oleh peningkatan perbelanjaan bahan mentah.

“Lebih mengukuhkan lagi apabila kenaikan kuantum harga yang sama yang dilaksanakan oleh perusahaan ketika MyCC mengenal pasti beberapa keadaan di mana kos bahan mentah telah menurun.

“Namun perusahaan-perusahaan ini memilih untuk meningkatkan kuantum harga makanan ayam pada tahap sama.

“Corak-corak sama ini menyokong dengan jelas kewujudan amalan penetapan harga oleh perusahaan-perusahaan tersebut,” katanya pada sidang media.

Kenaikan dibuat antara RM1-RM4 bagi satu guni makanan ayam seberat 50 kilogram.

Berdasarkan penyiasatan MyCC, didapati makanan ayam merupakan faktor kos utama dalam penternakan yang merangkumi sebanyak 72.8%.

Makanan ayam merupakan faktor kos utama dalam penternakan yang merangkumi sebanyak 72.8%.

“Sebarang gangguan atau ketidak seimbangan dalam pasaran makanan ayam boleh memberi kesan terhadap keseluruhan rantaian industri dan akhirnya kepada pengguna. Perkara ini sangat membimbangkan memandangkan ayam merupakan sumber protein utama bagi majoriti pengguna di Malaysia,” tambahnya.

MyCC terus memantau industri ayam sejak keputusan kerajaan baru-baru ini untuk menghentikan subsidi dan kawalan harga ayam.

“Kartel adalah kejahatan tertinggi dalam perusahaan persaingan dan satu bentuk sabotaj ekonomi di peringkat tertinggi, terutama di dalam kes berkepentingan awam,” tambahnya.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini