comscore
Tumpuan :
Nasional

Belia 4B corak langkah baru, perkasa generasi muda

Naib Ketua UMNO Bahagian Selayang, Datuk Khairul Walid Mohamed telah dipilih Majlis Kerja Tertinggi Belia 4B dalam Mesyuarat Perwakilan Agung Tahunan (MPAT) Gerakan Belia 4B Malaysia

“Perkasa generasi muda negara.”

Itu antara objektif utama Gerakan Belia 4B (Belia 4B) Malaysia dalam memperjuang agenda memperkasa generasi muda dan membantu dalam pemantapan ekonomi dan taraf hidup golongan itu.

Malah gerakan itu dalam masa yang sama sentiasa memantau secara rapat akan perkembangan politik semasa agar tidak lagi di landa kekalutan seperti sebelum ini.

Naib Ketua UMNO Bahagian Selayang, Datuk Khairul Walid Mohamed berkata belia perlu digerakkan melalui komuniti setempat dengan melaksanakan program-program dari peringkat akar umbi hingga ke peringkat kebangsaan.

“Gerakan ini sudah mengadakan mesyuarat agung tahunan bakal memilih kepimpinan baharu untuk menerajui Belia 4B bagi tempoh tiga tahun,” katanya.

Datuk Khairul yang telah dipilih Majlis Kerja Tertinggi Belia 4B dalam Mesyuarat Perwakilan Agung Tahunan (MPAT) Gerakan Belia 4B Malaysia kali ke 42 & 43 berkata penting baginya dalam meneruskan kesinambungan kepimpinan belia.

“Ia adalah pengiktirafan yang cukup tinggi, saya kira tanggungjawab yang besar bakal saya pikul bagi meneruskan kesinambungan kepimpinan belia dalam memastikan kestabilan ekonomi negara supaya kita sama-sama menerima faedah khususnya golongan belia,” katanya lagi.

Loading...
Terkini