comscore
Tumpuan :
Nasional

Belanjawan 2025: Tingkat penggunaan AI, peruntukkan RM10 juta untuk NAIO

Foto hiasan

KUALA LUMPUR: Kerajaan menyediakan peruntukan sebanyak RM10 juta untuk Pejabat Kecerdasan Buatan Kebangsaan (NAIO) bagi mengadun usaha meningkatkan penggunaan teknologi Kecerdasan Buatan (AI).

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pendekatan kerjasama itu akan dilaksanakan melalui pihak akademik dan industri.

“Malaysia mengambil langkah berani untuk menjuarai ekonomi digital serantau melalui pengisytiharan penubuhan Rangkaian Keselamatan AI Asean (Asean AI Safe).

“Ini turut dianggotai negara tetangga dalam usaha menggembleng kepakaran dan keselamatan AI di negara masing-masing,” katanya ketika membentangkan Belanjawan 2025 di Dewan Rakyat, hari ini.

Pada masa sama, beliau berkata, negara berjaya meraih pelaburan berjumlah kira-kira RM72 bilion (USD 16.9 bilion) untuk tempoh sehingga 2038 daripada syarikat gergasi teknologi dunia.
Katanya, pelaburan ini merangkumi syarikat gergasi teknologi dunia antaranya AWS, Microsoft, Google dan Oracle.

“Ini mencerminkan tahap keyakinan syarikat gergasi berkenaan terhadap potensi negara ini sebagai pintu masuk bagi prasarana awan serantau.

“Sekarang ialah masa syarikat tempatan merebut peluang pelaburan ini, manfaat haruslah sampai kepada rakyat meliputi peluang pekerjaan, pembangunan pusat kecemerlangan dan pemerkasaan masyarakat,” katanya.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini