comscore
Tumpuan :
Nasional

Belanjawan 2025: RM900 juta untuk 48 Program Residensi Rakyat, 14 Rumah Mesra Rakyat

Foto hiasan

KUALA LUMPUR: Kerajaan memperuntukkan RM900 juta bagi melaksanakan 48 Program Residensi Rakyat (PRR) dan 14 projek Rumah Mesra Rakyat (RMR).

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata daripada 48 PRR sebanyak 30 projek dijangka siap penghujung 2025 yang memanfaatkan hampir 17,500 penghuni baharu.

Anwar berkata, Skim Jaminan Kredit Perumahan (SJKP) turut meluluskan RM12.8 bilion jaminan kerajaan kepada lebih 57,000 pembeli rumah pertama.

Sementara itu kerajaan akan terus menjamin pembiayaan perumahan sehingga RM10 bilion bagi manfaat 20,000 pembeli rumah.

“ Kerajaan bersetuju menyeragamkan dan menaikkan bantuan bina baharu rumah rakyat antaranya penghuni PPRT, nelayan, Kampung Baru Cina, kepada maksimum RM90,000.

“Kadar siling baik pulih rumah rakyat juga ditingkatkan kepada maksimum RM20,000,” katanya.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini