comscore
Tumpuan :
Nasional

Belanjawan 2025: RM160 juta untuk penggiat seni, sokong bakat kreatif tempatan

Foto hiasan

KUALA LUMPUR: Kerajaan menyediakan RM160 juta bagi melaksanakan pelbagai inisiatif untuk manfaat penggiat seni dalam usaha menyokong bakat kreatif tempatan dan menggalakkan lebih banyak penghasilan karya seni tempatan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, terdapat penambahan RM5 juta untuk Dana Kandungan Digital (DKD) menjadikan jumlahnya meningkat sebanyak RM65 juta berbanding RM60 juta sebelum ini.

“Peruntukan Dana Kandungan Digital ditingkatkan kepada RM65 juta bagi mempromosi karya-karya terutamanya yang berteraskan semangat kenegaraan.

“Hampir RM40 juta turut disediakan di bawah Insentif Filem di Malaysia (FIMI) bagi menyokong penerbitan filem antarabangsa di Malaysia, manakala MyCreative Ventures pula menerima peruntukkan RM25 juta.

“Ini menyokong industri kreatif melalui suntikan ekuiti kepada syarikat berpotensi tinggi dan menyediakan pembiayaan untuk usahawan sosial kreatif,” katanya ketika membentangkan Belanjawan 2025 Malaysia MADANI di Dewan Rakyat, di sini, hari ini.

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, program Belia Kreatif MADANI akan dianjurkan bagi menarik hampir 16,000 anak muda menceburi bidang seni dengan peruntukan RM30 juta.

“Aktiviti disematkan termasuklah bengkel kemahiran videografi kandungan kreatif, pembangunan komuniti filem serta pertandingan filem pendek,” katanya.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini