comscore
Tumpuan :
Nasional

Belanjawan 2025: Portal Fraud Kebangsaan diluncurkan perangi penipuan dalam talian

Foto hiasan

KUALA LUMPUR: Sebuah Portal Fraud Kebangsaan telah diluncurkan sebagai ikhtiar memerangi penipuan dalam talian.

Menurut Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, portal ini mempermudah pengesanan transaksi mencurigakan secara automatik.”

“Ancaman siber kini semakin menggugat tata hidup bermasyarakat dan menjadi lebih membimbangkan.”

“Isu scam, pornografi kanak-kanak, pembulian siber di media sosial sehingga mengakibatkan kehilangan nyawa ialah isu besar yang mesti dibendung.

“Bagi mengekang buli siber yang kian merunsingkan, Rang Undang-undang Keselamatan Dalam Talian akan digubal. Ini bagi memastikan penyedia perkhidmatan turut bertanggungjawab dalam meningkatkan tahap keselamatan khususnya melibatkan kanak-kanak.”

“Sesuai dengan komitmen membenteng keselamatan siber negara dan penggubalan Akta Keselamatan Siber 2024, Agensi Keselamatan Siber Negara (NACSA) akan diberi tambahan perjawatan seramai 100 orang dengan tambahan peruntukan 10 juta ringgit,” katanya.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini