comscore
Tumpuan :
Nasional

Belanjawan 2025: Peruntukan KPT naik kepada RM18 bilion

Foto hiasan

KUALA LUMPUR: Peruntukan keseluruhan Kementerian Pendidikan Tinggi dinaikkan kepada RM18 bilion, berbanding RM16.3 bilion sebelum ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata ini merangkumi manfaat untuk pelajar yang melanjutkan pengajian ke menara gading.

“Peruntukan keseluruhan RM4 bilion disediakan dalam bentuk biasiswa, pinjaman dan elaun pendidikan.

“Sesuai dengan tuntutan industri, Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) menyediakan dana pembiayaan pendidikan berjumlah RM500 juta khusus untuk memberi keutamaan kepada pelajar yang mengikuti pengajian dalam bidang Sains, Matematik, Kejuruteraan dan Teknologi (STEM) di institusi pengajian tinggi awam (IPTA),” katanya.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini