comscore
Tumpuan :
Nasional

Belanjawan 2025: KPM terima peruntukan RM64.1 bilion, tertinggi dalam sejarah

KUALA LUMPUR: Kementerian Pendidikan (KPM) menerima peruntukan sebanyak RM64.1 bilion tahun depan, tertinggi dalam sejarah.

Tahun ini KPM menerima peruntukan sebanyak RM58.7 bilion.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata keutamaan kerajaan kini adalah untuk memastikan ruangan pembelajaran yang selesa, selamat dan bermakna untuk pelajar menimba ilmu.

“Sebanyak RM2 bilion disediakan untuk projek naik taraf dan penyelenggaraan sekolah seluruh negara, manakala RM1 bilion khusus untuk menyelenggara semua jenis sekolah terutamanya keadaan bilik darjah yang uzur.

“Ini termasuklah di sekolah kebangsaan, sekolah cina, sekolah tamil, sekolah agama, sekolah dalam kem tentera dan sekolah pendidikan khas orang kurang upaya (OKU).

“RM1 bilion pula bagi menaik taraf prasarana daif di 543 sekolah terutamanya di Sabah dan Sarawak,” katanya ketika membentangkan Belanjawan 2025, hari ini.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini