comscore
Tumpuan :
Nasional

Belanjawan 2025: Kepengerusian ASEAN 2025 peluang terbaik Malaysia kemudi ASEAN

FOTO: NSTP

KUALA LUMPUR: Malaysia berusaha melakar hala tuju ASEAN untuk lebih berdaya tahan, berdaya cipta dan berpaksikan rakyat.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata Malaysia berpegang teguh kepada pendekatan bersama dalam memahat agenda pembaharuan di peringkat ASEAN termasuk menggerakkan pembangunan di kawasan bersempadan dengan negara tetangga untuk kemakmuran bersama.

“Malaysia akan membawa ASEAN mengharungi masa depan dengan yakin, termasuk memperkukuh kerjasama ekonomi serantau menerusi penganjuran Sidang Kemuncak ASEAN-GCC dan China buat julung kalinya,” katanya.

Beliau berkata Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 melibatkan penganjuran lebih 270 mesyuarat dan aktiviti melibatkan semua negeri.

“Saya berharap, penganjuran ini dapat menjana pendapatan usahawan khususnya penyedia khidmat logistik, perhotelan, pelancongan termasuk jualan kraf tangan.

“Bagi menyokong penggiat kraf tangan sempena Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025, kerajaan menetapkan semua kementerian dan jabatan yang terlibat dengan penganjuran mesyuarat dan aktiviti, hendaklah memperoleh kraf tangan daripada pengusaha tempatan yang boleh mengetengahkan kehalusan, keunikan dan keaslian hasil tangan anak tempatan untuk dikongsikan kepada semua,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam pembentangan Belanjawan 2025 di Dewan Rakyat hari ini.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini