Tumpuan :
Nasional

Belanjawan 2025: KDNK 2025 diunjur antara 4.5 hingga 5.5 peratus 

 

KUALA LUMPUR: Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia diunjur antara 4.5 hingga 5.5 peratus bagi tahun 2025.

Menurut Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, ia dipacu dengan prestasi ekonomi negara yang berjaya mengatasi jangkaan selain pelabur dan kejayaan Langkah Pembaharuan Ekonomi MADANI.

“Dengan itu, Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) 2024 diunjur lebih kukuh antara 4.8 hingga 5.3 peratus; ketimbang antara 4 ke 5 peratus sebelumnya.

“Malah, Bank Dunia juga menaikkan unjuran pertumbuhan Malaysia kepada 4.9 peratus, ketimbang 4.3 peratus April lalu.

“Tahun hadapan, kita yakin ekonomi negara berkembang kukuh antara 4.5 hingga 5.5 peratus, didukung langkah dan strategi

Belanjawan MADANI Ketiga 2025,” jelasnya ketika membentang Belanjawan 2025 di Dewan Rakyat di sini hari ini.

Laporan lanjut menyusul.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini